Ahli PAS berjumlah 1,005,700 sehingga Ogos lalu

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

ALOR SETAR:
Jumlah terkini ahli PAS di seluruh negara sehingga Ogos lalu adalah sebanyak 1,005,710 orang dengan Terengganu mencatat keahlian tertinggi.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan enam negeri mencapai keahlian lebih 1,000 bermula Januari sehingga Ogos tahun ini.

“Negeri yang mencatat keahlian tertinggi ialah Terengganu dengan 3,309 orang, Kedah (3,247 orang), Kelantan (2,585 orang), Selangor (1,741 orang), Perak (1,289 orang) dan Pahang (1,084 orang).

- Advertisement -

“Sejumlah 7,322 orang ahli baharu PAS diluluskan bermula Julai dan 3,360 orang pada bulan Ogos menerusi kempen keahlian PAS Pilihanku 4.0,” katanya ketika menggulung perbahasan Ucapan Dasar Presiden pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini hari ini.

Menurutnya lagi, menerusi kempen PAS Pilihanku 4.0 berjaya melonjakkan bilangan ahli berdaftar lebih 10,000 dalam masa dua bulan.

“Namun demikian sekiranya kita terjemahkan bilangan keahlian berbanding bilangan pengundi di seluruh Malaysia, ia melebihi jumlah ahli PAS.

“Jumlah pengundi di Malaysia sehingga Jun 2022 adalah lebih 21 juta menunjukkan keahlian PAS perlu dimaksimakan lagi,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Justeru, katanya penggerak PAS perlu mengambil serius hal demikian dengan meningkatkan lagi gerak kerja penambahan ahli. – HARAKAHDAILY 4/9/2022

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -