PRU15: Polis Kelantan tubuh LSF wanita pertama

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Polis Kelantan tubuhkan Unit Tempur Ringan (LSF) wanita pertama seiring sebagai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Dato’ Muhamad Zaki Harun berkata, LSF memainkan peranan penting dalam mengawal pelbagai terutama mengadapi situasi ancaman yang melibatkan ketenteraman awam selain membantu penguatkuasa tempatan.

Katanya, pasukan LSF diwujudkan disetiap Ibu Pejabat Daerah (IPD) di seluruh Kelantan yang turut melibatkan seramai 105 anggota wanita bagi siri pertama.

- Advertisement -

“LSF juga akan bersiap sedia untuk ditugaskan bagi mengawal keadaan sepanjang PRU di Kelantan dan bersedia berdepan sebarang insiden seperti rusuhan kerana umumnya kita tahu, pelbagai ancaman dan rusuhan boleh berlaku ketika itu.

“Oleh itu, LSF ini merupakan unit utama akan digerakan jika berlaku sebarang rusuhan dan demostrasi sebelum diambil Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Unit tindakan Rusuhan Awam (PORU) sekiranya sesuatu keadaan itu tidak dapat dikawal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penutupan Kursus Asas Light Strike Force (LSF) (Wanita) Peringkat Kontijen Kelanyan siri 1/2022 hari ini.

Tambabnya, pasukan LSF turut disediakan dengan pelnagai peralatan kelengkapan keselamatan seperti, perisai, cota, bom asap dan gas pemedih mata bagitu juga dengan kemudahan jentera bagi melancarkan tugasan.

Jelasnya, unit LSF juga turut diberi latihan berterusan dari semasa ke semasa bahkan pasukan juga diberi latihan khusus menyurai dan menumpas rusuhan.

Bagaimanapun katanya, unit LSF wanita turut akan ditambahkan lagi dari semasa ke semasa mengikut keperluan sebagai persediaan menghadapi pelbagai ancaman. – HARAKAHDAILY 9/8/2022

- Advertisement -