Kaunter Imigresen di Lapangan Terbang Nepal lain jantina

- Advertisement -

KATHMANDU (Nepal): Biarpun penduduk Muslim di Nepal hanya golongan minoriti namun lapangan terbang di negara itu mengasingkan kaunter Imigresen antara lelaki dan perempuan.

Pengarah Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Ilvira Mohd Dasuki berkata, peraturan yang dilaksanakan di Nepal sebagai satu penghormatan kepada kaum wanita.

“Sewaktu kami melalui Immigration Check Counter tadi, lane wanita dan lelaki dipisahkan totally. Sedangkan Nepal sebuah negara bukan Islam,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya.

- Advertisement -

Ilvira bersama beberapa delegasi dari Yayasan Amal Kelantan menyertai misi korban di Nepal sempena sambutan Hari Raya Korban baru-baru ini.

Menurutnya juga penerbangan pulang pasukan Misi Kemanusiaan Korban Yayasan Amal Kelantan tidak sama tarikh dan penerbangan.

Kata beliau ada ahli rombongan terpaksa pulang menggunakan pesawat MAS, Malindo, Himalayan Air dan Nepal Air.

Katanya semasa melalui kaunter Imigresen begitu sesak sehingga empat barisan dengan kehadiran ramai penduduk Nepal yang bekerja di Malaysia.

“Ramai Nepalese bekerja di Malaysia. Penuh empat lanes semasa kami hendak check-in flight tadi,” ujarnya.

Beliau juga berkata, suasana di Kathmandu jam 6 pagi seperti jam 8.30 pagi di Malaysia di mana jalan sibuk dengan bas, motor dan pejalan kaki.

Menurutnya juga sepanjang berada di Nepal beliau mendapati harga ikan dan sayur-sayuran begitu murah berbanding di Malaysia.

Kata beliau ikan kelah segar dari sungai pergunungan Himalaya seberat 1 kg harganya RN500 (RM15).

Manakala sayur-sayuran juga begitu murah di mana 400 gm tomato, 400 gm bendi, 400 gm limau dan daun ketumbar harga keseluruhan NR115 (RM3). – HARAKAHDAILY 14/7/2022

- Advertisement -