Kelantan rakam tahniah buat skuad Harimau Malaya

- Advertisement -

Oleh RIZAL TAHIR

KOTA BHARU:
Kerajaan Kelantan merakam ucapan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya kerana layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 setelah 43 tahun menanti.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Wan Roslan Wan Hamat berkata, pasukan tersebut mempamerkan persembahan menarik sehingga berjaya menewaskan Bangladesh 4-1 malam tadi.

Katanya kejayaan itu membolehkan pasukan negara menempah tempat ke Piala Asia yang sudah lama diimpikan.

- Advertisement -

“Kami mengucap tahniah kepada pasukan Harimau Malaya kerana berjaya membawa pasukan negara mara ke pusingan akhir Piala Asia.

“Tahniah juga kami ucapkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pengurus dan jurulatih kerana berjaya mencipta rekod tersendiri.

“Persembahan malam tadi menampakkan corak permainan yang lebih baik dan menuju ke arah profesional,” katanya di sini hari ini.

Pada aksi menarik di Stadium Nasinal Bukit Jalil malam tadi Harimau Malaya berjaya mengalahkan Bangladesh 4-1.

Wan Roslan juga berkata, kejayaan itu turut dibantu jurulatih dan pengurus pasukan sehingga berjaya membentuk pasukan pemain yang begitu mantap.

Kemenangan skuad Harimau Malaya menamatkan saingan di tangga kedua Kumpulan E dengan mencatat enam mata.

Skuad negara dibimbing Ketua Jurulatih Kebangsaan Kim Pan Gon, 53, yang berasal dari Korea Selatan. – HARAKAHDAILY 15/6/2022

- Advertisement -