Pusat Belia Kelantan beroperasi Jun ini

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:
Pusat Belia Kelantan yang terletak di Medan Usahawan dekat sini akan menjadi pusat sehenti bagi program pembangunan dan penyelidikan belia.

Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (U-BeS) Nasruddin Mahmud Mahyuddin berkata, pusat berkenaan akan beroperasi pada Jun ini.

- Advertisement -

Katanya pusat belia tersebut akan menempatkan pejabat Konfederasi NGO Kelantan, Dewan Undangan Negeri Belia Kelantan, Duta Belia Kelantan, Institut Remaja Kelantan dan Komuniti Gentera.

“Pusat Belia Kelantan akan menganjurkan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan remaja dan belia dengan memanfaatkan kemudahan yang ada.

“NGO sebagai pemegang taruh diharap dapat memainkan peranan bagi menghidupkan Pusat Belia tersebut,” katanya di sini.

Baru-baru ini U-Bes mengadakan mesyuarat penyelarasan NGO di Pusat Belia Kelantan yang turut disertai beberapa komuniti belia yang menjadi rakan strategik pusat berkenaan.

Nasruddin juga berkata, U-Bes tidak hanya berperanan sebagai agensi yang melaksanakan aktiviti semata-mata, sebaliknya mendekati belia dan beliawanis dalam usaha membangunkan generasi muda. – HARAKAHDAILY 13/5/2022

- Advertisement -