Kemelut politik tidak halang PAS laksana kebajikan

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR: PAS konsisten menjaga kebajikan rakyat walaupun politik negara sekarang dilanda ombak akibat segelintir pemimpin dianggap lebih mementingkan agenda lain.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkaa, sepatutnya pihak pembangkang berganding bahu dengan kerajaan untuk menangani pandemik Covid-19 berbanding menumpukan agenda politik.

- Advertisement -

Katanya, biarpun politik negara dilanda kemelut, namun program vaksinasi berjalan lancar sehingga dapat mencapai 500,000 dos suntikan setiap hari.

“Selain itu pelbagai jenis bantuan diberikan kepada rakyat dalam usaha membantu penduduk yang terkesan akibat pandemik,” ujarnya kepada Harakah, ketik ditemui, di sini.

Beliau yang juda Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanlang berharap ahli dan penggerak parti di setiap peringkat kekal tenang dan sabar dengan situasi yang berlaku sekarang.

“Saya menyeru kepada ahli dan penggerak PAS supaya tenang di samping terus menjaga kebajikan rakyat yang terkesan akibat wabak sekarang,” katanya.

Beliau juga menzahirkan rasa kesyukuran apabila Perlis memasuki fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Alhamdulillah Perlis layak memasuki fasa tiga PPN membolehkan rakyat merancakkan lagi aktiviti ekonomi yang terbantut akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Aktiviti pelancongan dalam negeri juga dibenarkan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Bagaimanapun rakyat diingatkan terus berdoa semoga bukan sahaja tiga negeri dapat memasuki fasa tiga PPN, malah negeri-negeri lain juga akan mengalami penurunan kes positif Covid-19.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tiga negeri iaitu Perlis, Sarawak dan Labuan masuk fasa ketiga PPN bermula hari ini. – HARAKAHDAILY 4/8/2021

- Advertisement -