MP Kuala Krai santuni malim gunung

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman bersama Adun Dabong, Ku Mohd Zaki Ku Hussin mengambil peluang berada di Dabong bertemu dengan malim gunung di Jelawang, kelmarin.

Menurut Abdul Latiff, mereka adalah pemandu pelancong untuk mendaki Gunung Stong.

- Advertisement -

Katanya, akibat terkesan dengan penutupan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka kini tidak dapat meneruskan kerja masing-masing.

Sehubungan itu, beliau menyampaikan sedikit sumbangan untuk 14 malim gunung itu.

“Insya-Allah selesai PKP ini, saya mahu cuba untuk mendaki Gunung Stong ini,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau, semalam.

Gunung Stong setinggi 1,433 meter merupakan lokasi eko-pelancongan di bawah Parlimen Kuala Krai dan terkenal di seluruh Malaysia dan dunia kerana mengalir di kawasan itu adalah air terjun Jelawang setinggi 303 meter yang merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara.

Selain itu terdapat pelbagai flora dan fauna yang menarik seperti bunga rafflesia, buluh semuliang, daun palas Licuala Stongesis dan halia yang jarang dijumpai selain beberapa hidupan hutan eksotik seperti burung enggang, kambing hutan, tapir dan sebagainya. – HARAKAHDAILY 12/7/2021

- Advertisement -