Petugas media lebih semangat lengkap dos vaksin

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sehingga sekarang hampir semua pengamal media di Kelantan lengkap menerima lengkap dua dos vaksin Covid-19 bagi meningkatkan imunisasi badan.

Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi berkata, ramai petugas media menerima suntikan dos kedua hari ini.

“Dengan suntikan tersebut warga media akan lebih bersemangat dan yakin untuk menjalankan tugas terutamanya bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat.

- Advertisement -

“Kemudi mengucapkan syukur dan jutaan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta kerajaan negeri.

“Tidak lupa juga kepada Jabatan Kesihatan Negeri di atas program suntikan dos kedua vaksin kepada petugas media yang diadakan di Kompleks Kota Darulnaim hari ini,” katanya pada kenyataan di sini hari ini.

Oleh itu Shahnun berharap semua warga media terus mematuhi prosedur operasi standard (sop) ditetapkan termasuk memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan fizikal di mana sahaja berada.

Katanya juga petugas media jangan lupa melakukan sanitasi diri setiap masa.

Sebahagian petugas media Kelantan menerima suntikan dos pertama pada 9 dan 10 Jun lepas. Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kota Darulnaim sebahagian besar melibatkan penjawat awam.

PPV itu menggunakan Dewan Teratai di tingkat bawah dan Dewan Jamuan Utama di aras satu yang begitu selesa. PPV terbabit difahamkan beroperasi pada setiap hari bekerja. – HARAKAHDAILY 1/7/2021

- Advertisement -