3,868 polis Kelantan terima dos kedua vaksin

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF
KOTA BHARU: Seramai 4,309 anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan telah melengkapkan satu dos suntikan vaksin Covid-19 setakat ini.

- Advertisement -

Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Abdullah Muhammad Piah berkata, daripada jumlah itu seramai 3,868 telah melengkapkan dos kedua suntikan vaksin Covid-19.

Manakala katanya, pegawai awam masih dalam proses melengkapkan suntikan vaksin dengan seramai 591 sudah menerima suntikan bagi dos pertama dan 309 dos kedua.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas meninjau penugasan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Pulau Tukang Dollah, Pengkalan Chepa, dekat sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan jumlah ahli keluarga polis yang menerima suntikan vaksin, Abdullah berkata, pihaknya belum menerima statistik berhubung perkara itu.

Namun kata beliau proses pemvaksinan kepada mereka sedang berjalan.

Ditanya mengenai isu penjualan vaksin secara haram, beliau berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkenaan kegiatan sedemikian di Kelantan. – HARAKAHDAILY 25/6/2021

- Advertisement -