Khidmat Malaysia tubuh cawangan Nibong Tebal

- Advertisement -

Oleh WAHYU FATIAH

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia atau dikenali sebagai Khidmat Malaysia menubuhkan cawangan baharu di Nibong Tebal, semalam.

Pengerusi Khidmat Malaysia, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah berkata, dengan penubuhan cawangan baharu di Nibong Tebal itu, beliau berharap pihaknya dapat berusaha membantu lebih ramai golongan yang memerlukan khidmat mereka.

“Khidmat Malaysia berperanan mengurus bencana dalam negara seperti banjir termasuk juga bencana wabak Covid-19 yang sedang melanda negara kita ketika ini.

“(Sekarang), Tabung Bencana Covid-19 (juga) telah ditubuhkan dan digerakkan bagi membantu negara mendepani penularan wabak Covid-19 di samping menjaga kebajikan rakyat yang terkesan.

“Justeru itu, saya berharap agar kesemua ahli yang terpilih terus komited dalam berkhidmat untuk kemanusiaan dan beramal kerana Allah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan perasmian di Majlis Pelancaran Khidmat Malaysia Nibong Tebal, Pulau Pinang yang berlangsung secara atas talian, semalam.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Khidmat Malaysia Pulau Pinang, Norazman Ishak, Yang Dipertua PAS Kawasan Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff dan Ahli-ahli Jawatankuasa Khidmat Malaysia Nibong tebal.

Untuk rekod, Khidmat Malaysia merupakan satu badan pengurusan penyelamat, bantuan dan pemulihan bencana yang telah ditubuhkan oleh PAS.

Senarai Ahli Jawatankuasa Khidmat Malaysia Nibong Tebal

Penasihat
Nor Zamri bin Latiff

Penyelaras
Sazali bin Kamay

Penolong Penyelaras
Bukhori Abdul Halim

Setiausaha
Shamsul Azman bin Ahmad

Bendahari
Mohd Rizal bin Radzi

Ketua Operasi
Kamarulzaman bin Mohd Basir

Penolong Ketua Operasi 1
Zaharanee bin Zainal A’bidin

Penolong Ketua Operasi 2
Ismail bin Hashim

Operasi Bilik Gerakan
Ketua – Aziz bin Baharum
AJK:

  1. Aziz bin Ramli
  2. Anas bin Md Zain
  3. Muhammad Suhaime bin Shafiai
  4. Siti Samirah bt Shaari

Unit Ibadat & Tarbiyah
Ketua – Rozali bin Mohammad
AJK:

  1. Abdul Mushawwir bin Abd Rashid
  2. Anur bin Hussin
  3. Wan Muhammad bin Wan Chik
  4. Nur Azlina binti Jamil

Unit Kesihatan dan Kaunseling
Ketua – Muhamad Faizul Bin Zainol.
AJK:

  1. Suhaimi bin Ahmad.
  2. Amizan bin Ariffin
  3. Dr Azahri bin Hussin.
  4. Abdul Rahman bin Mat Nan.
  5. Yusri bin Yusoff

Unit Telekomunikasi dan Media
Ketua – Iswardi bin Ismail.
AJK:

  1. Nazri bin Abdul Hamid
  2. Nor Rofaizi bin Romli
  3. Zulfadzli bin Rosmi
  4. Mohd Khair bin Mohd Salleh
  5. Nor Ziadatul Huda bt Abu Bakar

Unit Logistik dan Aset
Ketua – Mohd Amin bin Ahamad Hassan
AJK:

  1. Mohd Nizam bin Malik
  2. Nor Rani bin Mia
  3. Azam bin Basir
  4. Nizam bin Nasir
  5. Azizi bin Tuan Hassan – HARAKAHDAILY 17/7/2022
- Advertisement -