Malaysia memimpin sektor Kewangan Islam global

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan yakin sukuk digital pertama akan menjadi permulaan lebih banyak sukuk serupa bagi mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pemimpin sektor Kewangan Islam.

Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, seperti dibuktikan Petunjuk Ekonomi Islam Global, di mana Malaysia berada di tempat pertama antara 81 negara lain buat tahun kelapan berturut-turut.

“Penghargaan ini adalah bukti kebolehan Malaysia sebagai sebuah negara yang progresif dan inovatif dalam sektor Kewangan Islam,” katanya pada kenyataan semalam.

Advertisement

Sukuk digital Malaysia bernilai RM666 juta yang dilancarkan tahun lepas meraih Urus Niaga Keseluruhan di Anugerah IFN 2020.

Sukuk Prihatin itu menewaskan tiga lagi urus niaga kewangan Islam lain, secara tidak langsung membuktikan kepimpinan dalam urus niaga Syariah di negara ini.

Menurut Islamic Financial News (IFN) ia diputuskan Lembaga Anugerah IFN bebas yang menunjukkan inovasi Sukuk berkaitan Sukuk Prihatin Malaysia adalah Urus Niaga Terbaik Keseluruhan IFN 2020.

Sukuk Prihatin turut memenangi anugerah Urus Niaga Paling Inovatif dan Urus Niaga Terbaik Malaysia.

Tengku Zafrul juga berkata, pengiktirafan terkini tersebut membuktikan keupayaan industri Kewangan Islam Malaysia.

“Ia juga sebagai petunjuk kepada tahap responsif industri kita terhadap keperluan pembiayaan bagi tujuan sosio-ekonomi. 

“Penyertaan dalam Sukuk Prihatin oleh pelabur runcit dan institusi adalah amat penting dalam usaha membantu golongan sasar mendepani cabaran COVID-19,” ujarnya. 

Menurutnya juga semangat perpaduan menyumbang kepada usaha pembangunan negara. 

“Sekalung tahniah buat semua yang terlibat dalam menjayakan projek tersebut,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/3/2021