Q&A isu Air Terjun Tanjung Batu

- Advertisement -

Q: ADAKAH Air Terjun Tanjung Batu telah musnah binasa? 
A: Tidak. Air Terjun Tanjung Batu masih terjaga. Indah terpelihara. (Laporan dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak)

Q: Habis itu bagaimana dengan gambar yang ditularkan?
A: Gambar itu bukan gambar Air Terjun Tanjung Batu. Ia adalah gambar alur air yang berlaku di kawasan kerja-kerja pembangunan kuari di kawasan Mukim Pengkalan Baharu (Sebahagian Kompartmen 16 (Blok E), Hutan Segari Melintang) (Laporan dari JPS melalui Jabatan Ukur)

Q: Habis itu Air Terjun Tanjung Batu di mana?
A: Menurut laporan Jabatan Hutan, Air Terjun Tanjung Batu yang dimaksudkan terletak lebih kurang 1 KM dari kawasan aktiviti kuari.

- Advertisement -

Q: Maknanya gambar yang viral itu bukan Air Terjun Tanjung Batu lah?
A: Bukan. Gambar yang viral memperlihatkan kerosakan alam itu adalah gambar alur air. Kawasan tersebut dalam peta Jabatan Ukur, Jabatan Hutan dan Jabatan Perairan dan Saliran tidak diwartakan sebagai air terjun.

Q: Kalau begitu adakah sekarang Air Terjun Tanjung Batu masih ada?
A: Ya masih ada. Cantik, indah terpelihara. YB EXCO dan rakan-rakan dipelawa melawat ke lokasi itu.

Q: Adakah tidak berlaku pencemaran kesan aktiviti yang dijalankan?
A: Ya berlaku pencemaran alam sekitar di kawasan kuari. Terdapat 6 kesalahan yang dinyatakan oleh EIA yang dilakukan oleh syarikat bertanggungjawab.

Q: Tadi kata air terjun masih elok. Ini kata ada pencemaran pula? Mana satu ini?
A: Biar tahu jangan keliru. Pencemaran yang dimaksudkan berlaku di kawasan aktiviti kuari bukan di kawasan Air Terjun Tanjung Batu.

Q: Dah tahu ada pencemaran kenapa tidak ada tindakan?
A: Tindakan sudah dan sedang diambil oleh pihak berkuasa. Untuk makluman kerja-kerja pembangunan kuari telah dihentikan serta-merta untuk siasatan. Dalam masa yang sama kerja-kerja pembersihan kawasan tercemar telah dimulakan pada 21 Januari 2021 dan dijangka siap dalam tempoh 14 hari.

Q: Betul ke ada tindakan?
A: Ya betul. Ada tindakan. Kertas siasatan juga sedang disiapkan. Seperti dimaklumkan ada 6 ketidakpatuhan EIA yang dilakukan oleh pihak syarikat.

Q: Apa kesalahan itu?
A: Antara ketidakpatuhan EIA itu adalah tidak melakukan kawalan hakisan tanah dan sedimen, penyelenggaraan komponen BMP’s bagi kawasan hakisan dan sedimen tidak dilaksanakan, BMP’s tidak dibuat sebelum kerja tanah dimulakan, kawasan terdedah di tempat kerja tanah tidak dilindungi atau ditanam dengan tanaman tutup bumi, tanah yang berlebihan diletakkan di kawasan berhampiran dengan alur air dan kegagalan melantik Environmental Officer.

Q: Habis itu macam mana sekarang?
A: Kesimpulannya biar kita jangan terkeliru dengan maklumat salah pihak tidak bertanggungjawab. Air Terjun Tanjung Batu masih terpelihara. Dalam masa yang sama kita semua teruskan perjuangan memelihara kelestarian alam. Semua pihak baik masyarakat awam, NGO, agensi kerajaan dan kerajaan negeri serta pusat perlu berganding bahu membanteras segala kerosakan alam yang dilakukan tangan-tangan manusia. Kita lakukan dengan kejujuran. Jangan ditokok tambah dengan maklumat yang salah.

Disediakan oleh:
UNIT ALAM SEKITAR JABATAN NETIZEN MALAYSIA

#Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang dihantar kepada MOVE Malaysia. – HARAKAHDAILY 26/1/2021

https://www.facebook.com/397901684154828/posts/754610488483944/

PENAFIAN:

HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -