Pemuda PAS dan Pejabat Belia Sukan jalin kerjasama

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Pemuda PAS Kawasan Nibong Tebal telah mengadakan kunjungan rasmi ke atas Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di Pejabat Belia dan Sukan di Jawi, di sini semalam.

- Advertisement -

‌Ketua Pemuda PAS Nibong Tebal, Ustaz Zulazhar Mohamad memimpin delegasi Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Nibong Tebal yang disambut mesra oleh Pegawai Belia dan Sukan SPS, Abdul Hamid Mohd Yatim.

Pada pertemuan ini, Pemuda PAS Nibong Tebal dan Pegawai Belia dan Sukan SPS sempat membincangkan kerjasama kedua pihak dalam menggerakkan agenda anak muda dan belia khususnya di Parlimen Nibong Tebal.

Menurut Zulazhar, melalui pertemuan julung-julung kali sejak PAS menjadi sebahagian Kerajaan Persekutuan ini mengharapkan banyak program dan aktiviti melibatkan belia dapat dijalinkan bersama kedua pihak.

‌Beliau juga berharap kunjungan ini akan menjadi titik penting dan benih kepada pemerkasaan agenda anak muda yakni belia yang perlu dititikberatkan dan disuburkan kerana mereka pewaris kepimpinan masa hadapan.

Pimpinan Pemuda PAS Nibong Tebal yang turut serta dalam pertemuan ini ialah Timbalan Ketua, Ustaz Rahim Halim dan Setiausaha, Fikri Husaini Drasip.

Juga Pengerusi Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS), Aiman Naim Mohd Shukri dan Timbalan Pengerusi Lajnah Media Baru, Abdul Muiz Badrulhisham. – HARAKAHDAILY 1/12/2020

- Advertisement -