Belia 4B mahu kerajaan perkasa pelan ekonomi

- Advertisement -

KOTA BHARU: NGO meminta kerajaan memperkasakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) termasuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Ketua Penerangan Gerakan Belia 4B Muhammad Rudin Siru berkata, sempena persidangan Dewan Rakyat yang dijangka bermula 2 November ini diharap mengutamakan agenda itu dalam pembentangan belanjawan 2021.

- Advertisement -

Katanya golongan belia merupakan kumpulan terbesar yang akan meraih manfaat daripada pelaksanaan program kerajaan Perikatan Nasional itu.

“Kita lihat hari ini banyak pakej yang dibuat kerajaan memberi kelebihan kepada golongan belia, selain memperkasakan kursus kemahiran kepada golongan berkenaan.

“Ramai yang dibuang kerja baru-baru selepas banyak syarikat terjejas kerana pelaksanaan PKP bagi menyekat Covid-19 daripada terus merebak,” katanya di sini.

Beliau turut mencadangkan supaya pencapaian rakyat terhadap program tersebut dapat dipermudahkan tanpa sebarang prosedur, birokrasi dan diskriminasi. – HARAKAHDAILY 29/10/2020

- Advertisement -