Bahana manifesto palsu PH

- Advertisement -

PAKATAN Harapan (PH) dalam janji manifestonya sebut akan mereformasikan sistem perolehan kerajaan agar kononnya lebih telus jika mereka berkuasa.

22 bulan mereka memerintah negara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng diangkat sebagai Menteri Kewangan.

Dan di Parlimen kelmarin didedahkan selama pemerintahan PH 101 kontrak runding terus atau ‘direct nego’ telah ditawarkan menelan belanja sejumlah RM6.61 bilion.

- Advertisement -

Reformasi apa ini? Menipu rakyat lagi? Dr Kamarul Yusoff mendedahkan dalam laman Facebook (FB)-nya berkenaan kontrak runding terus di Sandakan khabarnya melibatkan pimpinan DAP di sana.

Kita juga terima maklumat mengenai kontrak runding terus juga yang diberikan kepada seorang taikun Cina mencecah RM1 bilion siap dengan sokongan dari seorang Menteri Kanan. Juga khabarnya libatkan Menteri DAP.

Apa kata mereka yang mendukung dan menjulang DAP? Apa kata pimpinan PAN yang selama ini tegar membela dan mempertahankan DAP?

Baru

mahu hangat kes pertuduhan sogokkan 10 peratus melibatkan Guan Eng di mahkamah kini terdedah pula skandal runding terus melibatkan berbilion Ringgit.

Kita alu-alukan pihak SPRM menyiasat kesemua 101 projek runding terus PH ini dan jika ada yang punya unsur rasuah atau salah guna kuasa tindakan tegas perlu diambil. Inilah bahana manifesto palsu serta politik bongkak dan angkuh.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 26/8/2020

- Advertisement -