Yayasan Taqwa bantu institusi pendidikan Islam

- Advertisement -

RAUB: Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah memberikan sumbangan buat institusi-institusi pendidikan Islam di daerah ini pada satu majlis khas yang dilangsungkan, kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Sebanyak 15 tahfiz, enam PASTI dan sebuah SRITI menerima sumbangan pada majlis di Dewan Surau Pusat Tahfiz Al-Quran dan Pengajian Islam As-Sakinah (MADINAH), Kampung Ulu Jeruas Sega, di sini.

Pemberian ini sebagai meringankan beban institusi berkenaan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kesan COVID-19 yang melanda seluruh dunia di mana menyebabkan segala aktiviti dan kegiatan dihadkan.

Usaha mendapatkan sumbangan bantuan ini diinisiatifkan Penasihat MADINAH, Ustaz Mohd Shahrizan Md Esa sendiri yang telah mengajukan permohonan berkaitan kepada pihak Yayasan Taqwa atas situasi kewangan dihadapi itu.

Masing-masing institusi berkenaan menerima sumbangan tunai RM1,000 yang disampaikan Penolong Pegawai Unit Kebajikan Yayasan Taqwa, Mohd Faris Omar mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa.

Majlis turut dihadiri Yang DiPertua PAS Kawasan Raub, Dr Mohamad Nilam Manaf dan beberapa pemimpin setempat. – HARAKAHDAILY 28/7/2020

- Advertisement -