Presiden rasmi Harakahdaily versi baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Majlis ramah mesra media dan pelancaran HarakahDaily versi baharu telah disempurnakan perasmiannya oleh Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Guru Hadi Awang di EDC Hotel, Jalan Raja Laut, hari ini.

- Advertisement -

Menurut beliau, Harakah adalah medium rasmi kepada PAS until rakyat mendapatkan maklumat sahih mengenai parti Islam itu.

Katanya lagi, mutakhir ini rakyat terlalu bergantung kepada media sosial yang kebanyakannya tidak memaparkan berita yang tepat khasnya mengenai PAS.

Justeru, dengan pembaharuan Harakahdaily ini katanya ia menjadi medium tuntas kepada semua dalam mendapatkan maklumat tepat.

“Kita harap Harakah adalah suara rasmi PAS yang diterima segala maklumat sahih daripada PAS,” tambah beliau.

Dalam ucapannya juga, Tuan Guru yang merupakan Ahli Parlimen Marang menyifatkan bahawa tidak mudah bagi PAS untuk mengangkat agama Islam sebagai addin.

“Kebanyakan yang difahami adalah agama dan ‘religion’,” katanya.

Menurut beliau, Islam difahami dengan cara yang tidak lengkap dan sempurna dalam keadaan sikap ‘double standard’ yang ditunjukkan oleh politik, media dan segala-galanya.

Namun, PAS sebagai pembangkang yang mempunyai pengalaman lebih daripada parti-parti lain.

Ini kerana katanya, terdahulu PAS pernah menang di Kelantan dan Terengganu dan sehingga sekarang masih menguasai dua negeri tersebut.

- Advertisement -