Jangan salahkan Cina DAP tak pilih Melayu

Subki 1
- Advertisement -

MESKIPUN ada nama besar Melayu seperti Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pernah menyertai DAP dan dijadikan timbalan pengerusi nasional dan senator, dan kini ada nama besar lagi bersama DAP seperti Abdul Aziz Bari dan Sasterawan Negara A. Samad Said, tetapi perwakilan DAP sejak dua kongres pemlihan pimpinannya belum dapat meletakkan orang Melayu dalam pimpinan pusatnya.

- Advertisement -

Baik dalam pemilihan yang dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan sebelum ini dan pemilihan yang baru awal bulan November ini tiada Melayu yang dipilih selain dari Khairil Khir johari yang Melayunya tidak seperti kebanyakan yang berdarah daging Melayu tetapi seorang Malaysia yang dikira liberal kebudayaan dan kebangsaan Melayunya. Melayu juga tapi darahnya tidak sepekat yang jadi penganut perkauman.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Jika betul Cina DAP dikatakan perkauman, maka DNAnya mungkin tidak termasuk dalam perkauman.

Jika perwakilan DAP yang penuhnya adalah Cina dan sedikit-sedikit India belum dapat memilih calon Melayu, mungkin tidak banyak disebabkan oleh faktor perkauman tadi tetapi justeru tidak diyakini Melayu itu tulen DAPnya atau DAP itulah politiknya.

DAP yang asalnya dari rusuk PAP di Singapura yang diasaskan atas ideologi sosialis – mana mungkin sosialis itu perkauman – bebas dari debu dan dan daki perkauman. Nescaya cacat sosialisme itu jika terpalit ia dengan perkauman bak senipis kulit bawang sekalipun.

Tetapi pengaruh dunia setempat, fakor penduduk berkaum-kaum, tidaklah mudah ideologi  ciptaan manusia seindah mana  sekalipun tidak tersangkut langsung dengan jangkitan perkauman.

Komunisme itu dikira tingkat sosialisme tertinggi dan sempurna, bebas dari kecenderugan perkauman. Teorinya begitu. Tetapi yang terjadi lain.

Ketika komunis itu berkembang di Tanah Melayu sebelum merdeka, tidaklah ia jadi komunis untuk semua sama rata. Ada komunis Cinanya dan  ada komunis Melayunya. Ada jurang antara kedua-duanya dan wujud persaingan yang tidak boleh dikira sihat.

Itu di peringkat belum berkuasa. Di peringkat yang sudah berkuasa pula berlaku pergeseran besar  antara komunis Kesatuan Soviet dan China yang tidak saja atas krisis ideologi tetapi juga oleh pertembungan kepentingan bangsa. Bangsa China tidak dapat terima penguasaan bangsa Rusia dan bangsa Rusia  tidak dapat benarkan bangsa China tidak tunduk kepada  komunis Rusia.

Justeru PAP dan DAP diburukkan oleh Umno sebagai paksi perkauman Cina, maka orang Melayu yang belum  semua bersih dari selut perkauman menjauhkan diri daripadanya, jadi DAP itu jarang disertai orang Melayu.

Kerana Melayu tidak seperti Melayu Singapura sebelum Lee Kuan Yew berkuasa, sudahlah orang Melayu Semenanjung tidak menyertai DAP, dikatakan pula DAP itu anti-Melayu. Tiada cara bagi DAP yang kosong Melayu beroleh kedudukan politik yang menggalakkan jika tidak dipenuhi dengan program dan kepentingan kaum yang lain.

Bagi mendapatkan sokongan orang Cina dan India. Ia terpaksa main dengan isu yang Cina dan India suka. Apa yang Cina dan india suka banyak tidak disukai Melayu. Akhirnya jadilah DAP diisi dengan lain kaum selain Melayu dan kosonglah dengan Melayu.

Mungkinlah Melayu padat perkaumannya dan boleh dikira tinggi bencinya kepada DAP. Dan kerana DAP terpaksa menjaga kemahuan kaum lain tiada selamat  ia jika ia  tidak  peduli atas apa yang penyokongnya mahu.

Mungkin Kit Siang bermula dengan tidak perkauman. Jika dia terus tidak perkauman tiada Cina dan India yang mahu menyokongnya. Harapkan Melayu tak boleh harap. Maka tiada cara baginya selain daripada menjadi juara orang bukan Melayu. Amat mudah baginya terjerumus ke jurang perkauman.

Bukan salah ibu mengandung tetapi sudah nasib celaka badan. Bukan DAP sukakan perkauman, tetapi alam sekitar menjadikannya lubuk perkauman dan semua orang Melayu rasa begitu tentang DAP dan begitu  jugalah Cina dan India  dalam  DAP dan luar DAP tidak senang dengan Melayu.

Bukan Umno dicurigai DAP, PAS lagi dicurigainya. Kedua-dua parti orang Melayu sepanjang masa. Orang Melayu tidak terima lain dari dua parti itu. Bukan Melayu pun  tak terasa selan dari yang dua itu parti orang Melayu.

Apabila ada persepsi  Melayu begitu sejak mula tiadalah DAP  dikira lubuk memperjuang dan membela orang Melayu, maka betul-betul Melayu tak masuk DAP. Tetapi sekalipun jarang-jarang Melayu yang masuk DAP ada juga.

Sejak dulu yang masuk DAP itu tiadalah kedudukannya dalam PAS dan Umno. Bukanalah senang unuk dapat kedudukan dalam Umno. Mungkin senang sikit dapat tempat dalam PAS, tapi dari dulu payah dapat kemenangan, ada yang terasa buang masa duduk dalam PAS.

DAP memang berkehendakkan orang Melayu. Di Perak ada Ibrahim Singgih. Seorang yang binnya Nakhoda Hitam jadi orang Melayu DAP yang mengalahkan Yang Dipertua Perbandaran PPP di Ipoh. Ada seoang bernama Fadzlan Yahya jadi orang kuat DAP. Di Ipoh ada peguam Asri jadi ketua satu cawangan DAP.

Tidak diyakini  sangat mereka menyertai DAP kerana percaya sangat dengan politik DAP. Tapi kalau DAP tiada orang Melayu siapa akan jadi menteeri besar jika DAP menang? Jika mereka jadi wakil rakyat DAP dan DAP menang negeri, siapa kagi akan jadai meneteri besar. Merekalah!

Sekarang pun ada orang Melayu yang berfikiran begitu. Apa tujuan Aziz Bari masuk DAP? Potensi DAP menang beberapa negeri tidak ditolak. Jika ia menguasai Selangor, dan Aziz Barilah calon MB berpotensi.

Tapi Aziz tidak nampak bergait. Kalau bergiat pun payah menang di kawasan Melayu. Lainlah DAP memberinya kawasan DAP yang selamat.

Masalahnya DAP Cina sudah banyak pengalaman dengan orang Melayu yang menyertainya. DAP membri kepercayaan kepada mereka.  Tetapi kerja buat masing-masing tidak sekuat Cina DAP.

Cina telah beri peluang kepada Melayu, tetapi Melayu yang dapat peluang tidak merasa mereka menjiwai parti itu. Ada antaranya dengan menjadi DAP saja mereka dapat jadi calon dan wakil rakyat. Dan DAP telah dijadikan batu loncatan dan sekarang DAP jadi sebagai peluang bekerja.

Masa depan maasing-masing dalam DAP tidak diketahui. Tidak dipastikan mereka bersungguh menyertainya sebagai satu prjuangan.

DAP menaruh harapan apabila Tunku Abdul Aziz menyertai DAP. Dia diberi kedudukan. Mungkin dia boleh  menarik oang Melayu mnyertai parti itu.

Tetapi dia tidak bertahan laam dan keluar menjadi pentenatang utama DAP. Tentu DAP kecewa. Sepnjang masa ada orang yang menyeertai DAP dan akhirnya menikam DAP dari depan dan belakang.

Tentu Cina yagn ada pengalaman  dengan Melayu yang menyertai DAP selama ini    tidaklah menyertainya kerana perjuangan tetapi mencari peluang yang kemudiannya mengecewakan DAP.

Payah  bagi DAP mempercayai Melayu yang meneyrtainya. Dari  tiada Melayu langsing, baiklah ada, tetapi adanya seperti tiada. Ia menyebabkan payah bagi DAP menyokong Melayu untuk dijadikan pemimpinnya. Bukan Cina  tidak mahu Melayu, tapi Melayu tidak istiqamah dengan DAP.{/mprestriction}

- Advertisement -