Mangsa banjir berat hati untuk tinggalkan PPS

- Advertisement -

KOTA BHARU: Perasaan sayu dan sedih terpaksa ditelan apabila setiap kali melihat mangsa mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menenga Ugama Arab Bustanus Saadah Morak, di sini.

- Advertisement -

Lebih menyentuh hati apabila terdapat kanak-kanak yang enggan pulang ke rumah masing-masing kerana seronok tinggal di PPS berkenaan.

Penghulu Mukim Semat Jal, Razali Sulaiman memberitahu, kebanyakkan kanak-kanak enggan pulang ke rumah masing-masing biarpun mereka sudah boleh pulang setelah air semakin surut.

“Perasaan bertambah sebak apabila mereka memeluk kami sebelum pulang ke rumah masing-masing.

“Lebih menyentuh hati mereka akan menginap di PPS ini lagi sekiranya ditakdirkan rumah mereka ditenggelami banjir lagi,” katanya.

Tidak ckup dengan itu, ada buah tangan diberikan pada mereka sedikit sebanyak buat bekalan hasil sumbangan orang ramai dan NGO di PPS ini.

“Malam tadi kami adakan cabutan bertuah dan bagi yang bertuah akan dapat alas tidur.

“Kami terpaksa buat begini memandangkan barangan yang ada tidak mencukupi. 

“Kalau pilih hanya diberikan pada yang berusia, yang muda pun ingin juga,” katanya lagi.

Peringkat awal seramai 125 orang mangsa ditempatkan di sini yang sebahagian besarnya dari DUN Pengkalan Kubor melibatkan beberapa buah kampung sejak 30 November lepas.

Hari ini hanya tinggal 50 orang sahaja lagi yang ada setelah dua minggu berada di sini.

Tambahnya, kerana penempatan tidak cukup buat pertamakalinya PPS di sekolah ini dibuka.

Menurutnya, mungkin kerana mangsa banjir yang ditempatkan di situ tidak ramai, menyebabkan mereka begitu selesa, pada masa sama makanan juga lebih dari cukup.

Beliau memberitahu, makanan dan keperluan di situ juga disumbangkan orang ramai, badan bukan kerajaan NGO serta individu yang turut menderma.

Beliau berkata, sebagaimana di tempat yang lain, PPS di sini juga dihadiri petugas kesihatan untuk memantau mangsa banjir.

Jelasnya, mana yang tidak sehat terus dirawat dan ada juga dibawa ke hospital kiranya keadaan makin membimbangkan. – HARAKAHDAILY 6/12/2024

- Advertisement -