Malaysia dilimpahi rezeki, kenapa nafikan hak rakyat?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Allah SWT menganugerahkan setiap daripada manusia dan makhluk dengan rezeki yang telah ditentukan termasuklah rezeki dalam sesebuah negara, kata Ustaz Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau).

- Advertisement -

“Namun kenapa masih berlaku perkara seolah-olah masyarakat tidak dapat merasai rezeki yang dilimpahkan oleh Allah dan dijanjikan Allah kepada mereka?

“Sudah pasti ia bukan masalah rezeki yang dibentangkan, tetapi ia bergantung kepada pengurusan bagi mengagihkan kurniaan daripada Allah SWT.

“Justeru, saya memperingatkan semua daripada kita untuk melihat bahawa setiap manusia itu ada hak, termasuklah harta yang ada pada kita.

“(Di dalamnya) ada hak untuk orang miskin dan orang lain yang mesti kita sampaikan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, di sini hari ini.

Tegas Ustaz Kamal, penafian hak kepada mana-mana lapisan masyarakat bukan sahaja bertentangan dengan prinsip keadilan Islam, tetapi juga akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT. – HARAKAHDAILY 5/11/2024

- Advertisement -