
MUAR: Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Zulkifli Ismail telah menyampaikan taujihat dalam sesi munajat sempena ceramah Grand Finale PERIKATAN NASIONAL bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram.
Program yang berlangsung di Dewan BJ Ballroom, di sini, bermula sekitar jam 6.45 petang tadi dengan bacaan Al Mathurat diikuti dengan solat Maghrib dan solat hajat berjemaah bagi memohon kepada Allah SWT agar memberikan kemenangan kepada PN pada PRK ini.
Munajat dan solat hajat itu adalah program dalam tempoh berkempen yang terakhir sebelum berlangsungnya hari mengundi pada 9 September ini.
Sementara itu, antara pemimpin yang dijadualkan berucap pada ceramah Grand Finale malam ini ialah Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud, Ketua Penerangan PN Pusat, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan mantan Setiausaha Agung Umno, Dato’ Seri Annuar Musa. – HARAKAHDAILY 7/9/2023











