Lynas: Tarik lesen dikhuatiri jejas pelaburan di Pahang

Andansura Rabu
- Advertisement -

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada PERIKATAN NASIONAL mencadangkan agar Kerajaan Negeri Pahang dapat berbincang semula dengan Kerajaan Persekutuan bagi mempertimbangkan penarikan balik syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada Lynas.

- Advertisement -

Adun Beserah, Andansura Rabu berkata, syarikat berkenaan telah beroperasi selama 12 tahun dan telah membuktikan bahawa tidak berlaku pencemaran air, udara dan tidak menjejaskan kesihatan penduduk.

“Apa yang dinyatakan oleh public sebelum ini adalah tidak tepat, malahan syarikat berkenaan tidak pernah melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam lesen yang dikeluarkan.

“Dan kenapa pula kita hukum mereka yang telah melabur sebanyak RM3 bilion pelaburan mereka di negeri kita,” katanya.

“Sekiranya kita sekat dan hentikan proses mereka bererti kita telah menghilangkan keyakinan pelabur-pelabur kepada keputusan kita,” tambah beliau lagi.

Beliau menyatakan demikian semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah diraja Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, Pahang berpotensi untuk maju seperti Pulau Pinang, Johor dan Selangor kerana mempunyai logistik yang sama dengan adanya pelabuhan untuk menarik para pelabur.

Katanya, negeri-negeri berkenaam berjaya mempertingkatkan pelaburan kerana ada conducive enviornment yang disediakan untuk menyakinkan pelabur-pelabur.

Justeru itu, tambahnya kerajaan Persekutuan yang menarik lesen pemprosesan kilang Lynas perlu dikaji semula kerana dikhuatiri menjejaskan para pelabur di negeri ini. – HARAKAHDAILY 13/5/2023

- Advertisement -