
NIBONG TEBAL: Dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli kononnya dua UDM Unit Daerah Mengundi (UDM) milik PERIKATAN NASIONAL (PN) di Sungai Bakap ditutup ternyata meleset apabila malam tadi meriah dengan kehadiran orang ramai.
Penduduk tempatan mengikuti ceramah di Bilik Operasi Sungai Bakap yang menampilkan Badrul Hisyam Sharin (Chegu Bard) dan ADUN Rembia, Melaka Datuk Muhamad Jalani Khamis.
Jailani bekas anggota Exco Kerajaan Melaka sekarang Pengerusi NGO Muafakat Nasional (MN) Melaka. Beliau digantung keahlian Umno selama enam tahun.
Ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram di Johor pada 23 Ogos 2023 beliau hadir membantu kempen PN.
Pada tahun 2021, Jailani menyertai Umno semula selepas keluar daripada parti itu pada 2016. Pernah dilantik Ketua Penerangan Umno Alor Gajah, Melaka.
Dan malam tadi beliau berkongsi pentas bersama Chegu Bard di DUN Sungai Bakap yang dihadiri ramai penduduk tempatan.
Malah, UDM Sungai Bakap meriah dengan pelbagai program sepanjang kempen PRK berlangsung.
Sementara itu, pada perkembangan berkaitan ADUN Bunut Payong, Kelantan, Shaari Mat Yaman berkata, petugas kempen PN mendapat semangat baharu apabila sebuah keluarga mengumum meninggalkan Umno.
Katanya, penyokong Umno terbabit Selasiah Yatim yang lebih dikenali sebagai Mak Anjang bergiat aktif dalam Umno sejak 20 tahun lalu.

“Keluarganya merupakan keluarga Umno. Namun atas kesedarannya, suami dan keluarganya meninggalkan parti Umno dan bersama PAS.
“Mak Anjang memberitahu beliau yakin calon PN Abang Abidin akan dapat mengekalkan kerusi DUN Sungai Bakap yang sebelum ini disandang arwah Ustaz Nor Zamri Latif,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/7/2024











