Wanita wajar diberi pilihan bekerja fleksibel, dari rumah

Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Wanita dalam usia reproduktif perlu diberikan sokongan melalui jadual kerja yang lebih fleksibel bagi membolehkan mereka mengimbangi tanggungjawab kerjaya dan keluarga.

- Advertisement -

Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff mencadangkan supaya wanita berusia 20 hingga 35 tahun diberikan pilihan bekerja secara fleksibel dan dari rumah bagi memastikan mereka dapat meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak.

“Hal demikian supaya mereka boleh ada peluang lebih banyak masa bersama anak-anak untuk memberi nutrisi yang bagus kepada anak-anak dengan penyusuan badan dan sebagai galakan kepada mereka untuk melahirkan generasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Beliau berkata, dasar sedemikian bukan sahaja menyokong keseimbangan antara kehidupan keluarga dan kerjaya tetapi berpotensi membantu menangani kadar kelahiran negara yang semakin menurun.

“Seperti yang kita tahu, kadar kesuburan atau kelahiran Malaysia semakin menurun,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/3/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!