‘Kita nak ajak belia terlibat dalam kemasyarakatan’

Senator Musoddak Ahmad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Golongan belia sering dikaitkan dengan minat terhadap aktiviti sukan, namun mereka juga perlu diberikan ruang dan galakan untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan.

- Advertisement -

Senator Musoddak Ahmad menekankan keperluan mencari pendekatan lebih efektif bagi menarik penyertaan belia dalam program kemasyarakatan, terutama dalam situasi bencana yang memerlukan tenaga sukarelawan.

“Sekarang ni banyak bencana yang berlaku. Jadi kita nak ajak belia terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Tapi kalau ajak waktu pagi, 10 pagi memang tak boleh sebab waktu tu ramai yang masih tidur.

“Waktu yang sesuai adalah sekitar tengah malam, pukul 12 atau 1 pagi. Jadi, perlu ada cara lebih baik untuk memastikan belia turut serta dalam aktiviti sebegini,” katanya.

Musoddak menyatakan demikian ketika mencelah ucapan penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Belia dan Sukan oleh timbalan Menteri, Adam Adli Abd Halim di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berharap pihak berkaitan dapat merangka strategi lebih berkesan bagi menggalakkan belia menyumbang kepada masyarakat melalui program sukarelawan dan kemasyarakatan. – HARAKAHDAILY 13/3/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!