Digitalisasi: Bantu koperasi perluas pasaran, tarik pelaburan

Senator Che Alias Hamid
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran untuk membantu koperasi dalam mempercepatkan penggunaan teknologi digital bagi memperluaskan pasaran dan menarik pelaburan swasta. 

- Advertisement -

Senator Che Alias Hamid berkata, antara teras utama Dasar Koperasi Malaysia 2030 adalah meningkatkan kapasiti dan keupayaan koperasi melalui strategi digitalisasi. 

“Soalan saya, bagaimanakah pihak kementerian membantu koperasi dalam mempercepatkan penggunaan teknologi digital untuk memperluaskan pasaran dan menarik pelaburan swasta?” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini. 

Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan berkata, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah melaksanakan pelbagai latihan dan program bagi memperkasa koperasi dalam dunia digital.

“SKM mengadakan banyak latihan serta program kerjasama, antaranya melalui Institut Keusahawanan yang memberi bantuan dan latihan digital,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/3/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!