Dr Faziharudean dilantik Setiausaha baharu Kelantan

Serahan tugas antara Dato' Nazran (kiri) dan Dato' Dr Tengku (kanan) sambil disaksikan oleh MB
- Advertisement -

KOTA BHARU: Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang baharu berkuat kuasa Isnin, 10 Mac 2025.

- Advertisement -

Pelantikan beliau diumumkan Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud dalam Majlis Jasamu Dikenang dan Penyerahan Tugas Setiausaha Kerajaan Kelantan.

Majlis berlangsung di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Tengku Mohamed Faziharudean menggantikan Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum ini, Dato’ Nazran Muhammad yang telah berkhidmat selama 35 tahun sebagai Pegawai Tadbir Negeri.

Nassuruddin dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada Dato’ Nazran atas jasa dan sumbangannya sepanjang tempoh perkhidmatannya bersama kerajaan negeri.

“Dedikasi dan komitmen Dato’ Nazran dalam pentadbiran negeri amat dihargai, dan saya mendoakan agar segala bakti yang dicurahkan diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan pelantikan Tengku Mohamed Faziharudean dan berharap kepimpinan baharu ini dapat meneruskan kecemerlangan pentadbiran negeri Kelantan.

“Semoga hubungan yang telah terjalin dalam kerajaan negeri ini terus berkekalan dan kita dapat bersama-sama menyumbang demi kebaikan agama dan negeri yang kita kasihi,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/3/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!