Ramadan: Anggota beruniform juga terima sumbangan

- Advertisement -

BESUT: Pusat Khidmat ADUN Jerteh telah mengagihkan kurma kepada hampir 10,000 keluarga penerima di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) ini sempena kedatangan Ramadan.

- Advertisement -

Sumbangan tersebut turut diberikan kepada kakitangan awam dan swasta, termasuk anggota beruniform seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Bomba dan Penyelamat, serta petugas di Pusat Kesihatan Jerteh.

ADUN Jerteh, Dr Riduan Mohamad Nor memberitahu, agihan ini merupakan tanda ingatan dari pihaknya kepada umat Islam yang menyambut bulan Ramadan.

Jelasnya, sumbangan tersebut mula diagihkan kepada penerima sejak awal bulan ini.

“Semoga Allah memberkati kita sepanjang bulan Ramadan ini dan mengampuni dosa-dosa kita,” katanya kepada Harakahdaily ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut mengingatkan umat Islam supaya memperbanyakkan amal ibadat sepanjang bulan mulia ini, terutama membaca al-Quran dan berinfaq.

Katanya, amalan tersebut merupakan antara peluang besar untuk memperoleh ganjaran pahala berlipat kali ganda pada Ramadan. – HARAKAHDAILY 9/3/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!