Bakul makanan buat warga pendidik sempena Ramadan

- Advertisement -

ARAU: Seramai 28 penerima mendapat sumbangan bakul makanan sempena Ramadan dalam dua program yang dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Empat, Razali Saad.

- Advertisement -

Razali menyerahkan sumbangan kepada dua orang guru PASTI bertujuan meringankan beban mereka menjalani ibadah Ramadan di PASTI Al-Hasanah, Kampung Sungai Baru, di sini hari ini.

Terdahulu, sebanyak 26 bakul makanan disampaikan kepada para guru dan kakitangan Madrasah Ad Diniah Al Islamiah (MADI) di Kampung Jejawi, di sini semalam.

Turut hadir dalam serahan sumbangan tersebut ialah Mudir MADI, Ustaz Zul Hilmi Rasid.

Razali Saad berkata, inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menghargai jasa pendidik serta menyantuni mereka yang telah berkhidmat dalam membangunkan institusi pendidikan Islam.

“Kita berharap sumbangan ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam persiapan menyambut Ramadan dan memberikan keceriaan kepada para penerima,” katanya.

Katanya lagi, program sumbangan ini selari dengan usaha berterusan pihaknya dalam membantu masyarakat setempat di bawah gagasan ‘Perlis Bestari, Berkat, Lestari’. – HARAKAHDAILY 7/3/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!