Sistem tanam padi parennial perlu diperluaskan

Rushdan Rusmi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) meminta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan perancangan untuk memperkenalkan dasar khusus bagi menyokong peralihan kepada sistem tanaman padi perennial yang dapat meningkatkan keterjaminan makanan negara.

“Bagaimanakah kementerian merancang meningkatkan hasil produktiviti padi tempatan yang masih bergantung pada sistem tanaman komersial,” katanya.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Menjawab pertanyaan itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dato’ Seri Mohamad Sabu berkata, sistem penanaman padi parennial membabitkan variati padi hibrid yang dimajukan oleh China.

“Melalui sistem ini, padi yang ditanam dapat dituai dua hingga tiga kali secara berterusan.Sistem ini dapat mengubah kaedah pertanian sedia ada dan cekap serta dapat menjimatkan tempoh dan kos bagi penyediaan tanah setiap kali musim penanaman.

“Kementerian menggalakkan penggunaan benih padi sah yang berhasil tinggi, namun kemasukan variati benih padi hibrid dari negara luar termasuk China perlu mematuhi prosedur ditetapkan agensi teknikal iaitu Jabatan Pertanian serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),” katanya. – HARAKAHDAILY 6/3/2025.

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!