Pastikan kerosakan jalan raya segera ditangani

Dr Abd Ghani Ahmad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Aspek infrastruktur jalan raya mendapat perhatian Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan menangani kerosakan infrastruktur jalan raya dalam tempoh 24 jam selepas menerima aduan pengguna melalui kaedah E-Aduan.

Katanya, ini bagi memastikan aspek infrustruktur jalan raya seperti papan tanda jalan, tanda lalu lintas, tanda lampu jalan dan signal trafik yang rosak dibaiki dengan cepat

- Advertisement -

“Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan akhbar menyebut statistik terkini kemalangan terkini menunjukkan 5,029 kemalangan maut berlaku membabitkan kematian seramai 5,364 orang antara Januari hingga Oktober 2024.

“Paling ramai adalah penunggang motosikal iaitu sebanyak 65 peratus. Adakah kerajaan bercadang menangani segera dalam tempoh 24 jam selepas menerima E -Aduan pengguna untuk memastikan elemen infrustruktur jalan raya seperti papan tanda jalan, tanda lalu lintas, tanda lampu jalan dan signal trafik yang rosak dibaiki dalam tempoh 24 jam,” Katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat,, hari ini.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati faktor utama kemalangan jalan raya berlaku bukan kerana kualiti jalan raya.

“Hanya 13 peratus disebabkan jalan raya, manakala majoriti iaitu sebanyak 80 peratus adalah kecuaian pemandu kereta atau penunggang motosikal.

“Ini hakikatnya dalam kajian MIROS. Kita perlu ada advokasi kepada pengguna jalan raya supaya pengguna jalan raya dengan kod etika yang terbaik yang ditetapkan supaya selamat,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/3/2025.

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!