Semarak Kasih Ramadan ringan beban asnaf

- Advertisement -

SEPANGGAR: “Semarak Kasih Ramadan menyasarkan penerima golongan asnaf dan ibu tunggal,” kata ADUN Dilantik Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan.

- Advertisement -

Beliau bersama Pusat Khidmat PAS Sepanggar mengambil inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan khususnya pada bulan Ramadan.

“Pusat Khidmat PAS Sepanggar sentiasa komited dalam menyampaikan bantuan kepada masyarakat, bukan sahaja pada bulan Ramadan, malah sepanjang tahun.

“Anggaplah sumbangan ini sebagai mukaddimah rezeki kita di ambang Ramadan,” ujar beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Sabah semasa menyampaikan sumbangan di sini, kelmarin. (Foto atas)

Lebih daripada 50 orang penduduk Taman Jaya Diri dan Kampung Wak Wak Gentisan telah menerima sumbangan barangan dapur berupa beras, minyak masak, gula, dan tepung.

Turut hadir Pegawai Khasnya Hasruddin Syamsuddin dan Yang Dipertua PAS Kota Kinabalu, Ustaz Mohd Tarmizi Mohd Yahya.

Menurut Dr Aliakbar, program tersebut merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif yang dijalankan oleh PAS Sepanggar dalam usaha membantu masyarakat.

Beliau berharap agar sumbangan yang diberikan dapat memberikan manfaat kepada para penerima, serta memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim khususnya dalam bulan Ramadan. – HARAKAHDAILY 4/3/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!