Kandungan diturunkan kerana tidak disenangi kerajaan?

Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Langkah menurunkan 18 akaun media Malaysia baru-baru ini berkemungkinan terdapat penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan untuk mengawal kandungan media sosial.

- Advertisement -

Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggunakan peraturan perlesenan platform digital sebagai alat untuk menapis kandungan yang tidak memihak kepada kerajaan.

“Banyak lagi akaun-akaun penggerak media sosial juga diturunkan akibat daripada MCMC.

“Adakah proses pendaftaran ini akan digunakan oleh kerajaan terutama apabila menghadapi pilihan raya negeri atau pilihan raya umum untuk menurunkan kandungan-kandungan yang mungkin tidak disenangi oleh pihak kerajaan,” katanya.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata kerajaan tidak terlibat dalam tindakan penurunan akaun-akaun media tersebut oleh kerana TikTok sendiri yang menurunkan akaun-akaun media itu, bukan atas permintaan kerajaan atau MCMC.

Sebelum itu, beliau menjawab soalan asal Wan Saiful yang meminta Menteri Komunikasi menyatakan senarai syarikat yang telah memohon lesen kelas pemberi perkhidmatan aplikasi penyedia, berapa yang telah diluluskan dan apa tindakan kepada mereka yang belum memohon atau tidak berjaya dalam permohonan. – HARAKAHDAILY 3/3/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!