KUALA LUMPUR: Dato’ Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) tidak mahu peruntukan tambahan kepada Kementerian Pertahanan dipindahkan kepada perkara lain.
Beliau berkata meskipun RM407 juta bagi menyelenggara pesawat dan radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), namun kerajaan mempunyai kaedah untuk berbuat demikian.
Menurutnya, hal itu termasuk kerja pembekalan helikopter jenis AW149, dibekalkan kepada pihak pertahanan negara selain urusan tersebut dibuat secara pajakan dan tergesa-gesa.
“Saya khuatir bajet keseluruhan yang diluluskan pada tahun lepas kepada kementerian akan dipindahkan dengan menggunakan ‘Notice of Change’ atau NOC untuk bayar helikopter ini.
“Ini kerana kita semua tahu bahawa ini paling mahal dalam sejarah, saya mohon jaminan kementerian mengenai perkara yang disebutkan ini,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menyertai perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2024) di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan hari ini.
Mantan Menteri Pertahanan itu menjelaskan kementerian terbabit memerlukan kira-kira RM1.5 billion bagi keperluan penyelenggara semua asetnya termasuk pesawat tempur.
Bagaimanapun katanya, kerajaan hanya meluluskan peruntukan RM407 juta yang dilihat tidak memadai bagi penyelenggara, bahkan ada yang tidak boleh digunakan kerana kekangan dana.
“Jadi bila peruntukan ini kurang, maka sebab itulah ianya menjejaskan pelan bajet TUDM seperti ‘maintenance’ penyelenggara dan sebagainya, bila bajet yang tidak cukup ini.
“Saya ambil contoh macam Sukoi ini kita ada Sukoi, tetapi tidak semua boleh terbang kerana tak cukup duit itu tidak cukup, tambahan pula konflik Ukraine dan Russia,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/3/2025
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!