AS henti semua operasi terhadap Rusia

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth.
- Advertisement -

WASHINGTON DC: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Pete Hegseth mengarahkan Jabatan Pertahanan AS menghentikan semua operasi terhadap Rusia, termasuk tindakan yang mungkin menyinggung perasaan negara itu.

Arahan itu adalah sebahagian daripada penilaian semula keseluruhan operasi AS terhadap Rusia, namun tiada tempoh masa diberikan mengenai tempoh operasi itu akan dihentikan.

- Advertisement -

“Disebabkan kebimbangan keselamatan operasi, kami tidak mengulas atau membincangkan perisikan siber, rancangan atau operasi.

“Tiada keutamaan yang lebih besar kepada Setiausaha Hegseth, daripada keselamatan pihak tentera dalam semua operasi untuk memasukkan domain siber,” kata pegawai kanan pertahanan AS.

Perubahan itu berlaku selepas Presiden AS, Donald Trump mendesak rundingan untuk menamatkan perang di Ukraine, dan beberapa hari selepas pemimpin AS itu menempelak rakan sejawatannya dari Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dalam pertemuan di Rumah Putih baru-baru ini.

Negara Barat menuduh Rusia mendalangi rentetan insiden yang bertujuan cuba untuk melemahkan sokongan terhadap Ukraine ketika negara itu memerangi pencerobohan Rusia.

Sementara itu, Trump meletakkan dirinya sebagai orang tengah antara Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Zelenskyy, mengetepikan Kyiv dan Eropah sambil mengejar hubungan rapat dengan Putin. – AGENSI

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!