Ramadan: Kelantan pilih surah Hud untuk tadarus

Ayat 116-120 fokus toleransi dalam perkara khilaf

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menjadikan petikan surah Hud yang bermula ayat 116 sehingga 120 sebagai teks tadarus al Quran sempena bulan Ramadan pada tahun 2025.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta, Ustaz Mohd Asri Mat Yakob berkata, dokumen itu perlu dihayati sewajar oleh umat islam.

Beliau berkata, petikan ayat tersebut memberi tumpuan terhadap keluasan pandangan terhadap perkara khilaf selain mengutamakan penyelesaian kemelut yang berlaku dalam komuniti.

“Kerajaan negeri pada setiap tahun pada Ramadan melancarkan teks tadarus al-Quran dengan memilih petikan ayat Al Quran yang sesuai untuk ditekuni pengajarannya.

“Pada tahun ini, pemilihan ayat ini adalah bagi memfokuskan kepada toleransi dalam perkara khilaf serta mengutamakan agenda islah dalam masyarakat,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit dalam satu kenyataan hari ini berkata lagi, umat Islam perlu menjadi Ramadan sebagai garis sempadan dalam kemelut perbezaan pendapatan.

Meskipun Islam tidak menolak percanggah idea, namun katanya, perbalahan berterusan menyumbang kepada permusuhan dan persengketaan dalam kalangan anggota masyarakat.

Adalah lebih baik kata beliau lagi, umat Islam berlapang dada dalam perkara khilaf furu’ serta saling bermaafan antara satu sama lain, bahkan proses mencari keamanan dan kedamaian.

Pelbagai khilaf membabitkan umat Islam ketika bulan Ramadan seperti bilangan rakaat solat tarawih, bacaan khusus antara solat tarawih, solat witir termasuk bacaan selepas solat itu.

Ramadan merupakan bulan terbaik untuk membina hubungan erat dalam masyarakat dengan melaksanakan perbuatan terpuji serta mempertaut ukhuwwah Islam yang utuh.

Menurutnya pahala juga berganda dalam menyuburkan sikap yang baik. Apa tah lagi menegah perubatan menyakiti seorang insan sama ada melalui lisan atau perbuatan. – HARAKAHDAILY 2/3/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!