Pengkhianat mencampurkan beras perlu dihukum

Abdul Muhaimin memberi penerangan mengenai tindakan membuat laporan polis berhubung isu beras bercampur.
- Advertisement -

TAPAH: Perikatan Nasional (PN) Tapah, hari ini membuat laporan polis berhubung isu beras tempatan yang dicampur dengan beras import.

- Advertisement -

Pengerusi PN Tapah, Ustaz Abdul Muhaimin Malek berkata, PN Tapah mendesak supaya siasatan dijalankan dan tindakan segera diambil terhadap kartel yang melakukan pengkhianatan dengan menipu kandungan beras.

“Penipuan beras tempatan merupakan isu besar yang amat meresahkan rakyat,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Tapah di sini.

Abdul Muhaimin berkata, PN Tapah amat memahami denyut nadi rakyat dan akan terus memperjuangkan isu rakyat bagi memastikan seluruh rakyat mendapat kesejahteraan yang sewajarnya. – HARAKAHDAILY 2/3/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!