Jadikan Ramadan cetus momentum laksana kebaikan

- Advertisement -

ALOR SETAR: Umat Islam digesa agar mengambil peluang menjadikan Ramadan sebagai pencetus momentum kebaikan khususnya kepada diri sendiri.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Ramadan bukan sahaja bulan yang penuh berkat, malah ia juga bulan keampunan.

“Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang memanjangkan usia kita untuk sampai ke bulan Ramadan Al-Mubarak tahun ini.

“Ramadan merupakan bulan yang digandakan Allah pahala kebaikan dan lebih baik daripada 1,000 bulan.

“Semoga dengan rahmat dan izin-Nya, kita dapat bersama-samalah berusaha merebut ganjaran Allah yang berlipat ganda dibulan ini,” kata beliau pada kenyataannya, di sini.

Ramadan juga jelasnya merupakan madrasah untuk mendidik umat Islam agar lebih dekat dengan Allah SWT.

Justeru kata beliau, usaha bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada Allah itu diharapkan menjadi asbab dimasukkan Allah ke syurga-Nya yang menjadi dambaan setiap hamba-Nya beriman.

“Marilah kita bersama-sama menyucikan hati, membetulkan sikap dan tingkah laku agar menjadi insan yang mulia dan dihormati. Ramadan adalah sebaik-baik didikan untuk kita semua.

“Selamat menjalani ibadah puasa buat semua muslimin dan muslimat, khususnya rakyat negeri Kedah di mana jua berada,” kata beliau lagi. – HARAKAHDAILY 2/3/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!