Serang Kelantan dengan fakta salah – Ahmad Marzuk

Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(6) dan 36(12) ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

- Advertisement -

“Saya tidak ada dalam dewan sewaktu perbahasan yang hangat tadi tapi saya dengar daripada luar, Kota Melaka ini sering menyerang Kelantan dengan fakta-fakta yang salah.

“Dan ini serius, Tan Sri, kerana kita bercakap dalam Parlimen. Tadi dia sebut, poin saya, Tan Sri, di Kelantan tak ada tanah adat. Ini fakta yang salah. Ini bercakap tak pakai otak. Macam Tan Sri sebut tadi. Jadi saya rasa dia kena perbetulkan yang itu.

“Walaupun mungkin tidaklah serius mana, tapi laporan media, kalau kerajaan Kelantan menceroboh tanah adat, berikan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab, ini satu laporan yang serius,” katanya.

Selain itu, Ahmad Marzuk turut menyentuh berkaitan pemantauan terhadap yang menjejaskan kesihatan masyarakat Orang Asli itu di bawah agensi persekutuan.

“Termasuk Jabatan Alam Sekitar dan juga mungkin Jabatan Kesihatan, kerajaan negeri berkuasa untuk memberi permit. Orang yang bersalah itu tak dikira beban kepada kerajaan negeri.

“Contohlah kerajaan, KDN bagi lesen senjata api kepada ahli-ahli Parlimen, Ada ahli Parlimen pergi tembak orang, mati. Adakah kita nak kata kerajaan itu kejam sebab bagi lesen? Orang yang bersalah itulah kejam. Itu yang kena perbetulkan. Tanah adat itu tak ada di Kelantan,” katanya lagi.

Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) kemudian bangun menjelaskan perkara tersebut. – HARAKAHDAILY 26/2/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!