Tarikh lihat anak bulan Ramadan pada 28 Februari

Cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini adalah pada petang Jumaat, 28 Februari bersamaan dengan 29 Syaaban 1446 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

- Advertisement -

Menurut kenyataan itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa pada malam itu melalui radio dan televisyen.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan adalah pada petang Jumaat, 28 Feb 2025 Masihi bersamaan 29 Syaaban 1446 Hijrah,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari itu di 29 lokasi di seluruh negara, iaitu seperti berikut:

Johor
Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian.

Melaka
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara.

Negeri Sembilan
Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson.

Selangor
Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam.

Perak
Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjung.

Pulau Pinang
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh.

Kedah
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar.

Perlis
Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Terengganu
Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu.

Kelantan
Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai; dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu di Kelantan.

Pahang
Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands serta Menara Kuantan 188.

Sarawak
Pusat Falak Miri; Teluk Bandung, Kuching; dan Bintulu.

Sabah
Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah.

Labuan
Menara Universiti Malaysia Sabah; Kampus Antarabangsa Labuan.

Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. – HARAKAHDAILY 25/2/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!