Perkasa industri durian bantu pengusaha tempatan

Jamaludin Yahya
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) menggesa kerajaan merangka strategi komprehensif untuk memperkasakan industri durian bagi membantu pengusaha tempatan.

- Advertisement -

Beliau turut menekankan kepentingan menggalakkan penanaman durian berskala besar di kawasan berpotensi bagi meningkatkan hasil pengeluaran dan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Adakah kementerian mempunyai perancangan khusus untuk membantu pengusaha durian tempatan termasuk di Parlimen Pasir Salak khususnya di Kampung Kepala Pulau, Kampung Gajah dan Sungai Manik termasuk golongan bumiputera dan komuniti Orang Asli di kampung?

“Selain itu, apakah pendekatan yang dirangka oleh kementerian supaya Malaysia dapat menembusi pasaran durian global secara meluas yang mengambil kira persaingan pengeksport durian untuk negara-negara jiran seperti Vietnam dan Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata kerajaan komited membantu pengusaha durian di seluruh negara dalam meningkatkan hasil dan daya saing produk durian Malaysia di pasaran global.

“Kementerian sentiasa bersedia untuk membantu semua pengusaha dan juga petani durian tidak kira di skala kecil ataupun besar,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/2/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!