Pelajar universiti swasta berdepan isu penempatan, lokasi

Abdul Latiff Abdul Rahman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Beberapa isu berkaitan universiti swasta menjadi perhatian apabila timbul aduan mengenai kesukaran pelajar mendapatkan lokasi pengajian yang strategik serta sistem penempatan yang tidak selaras dengan pilihan mereka. 

- Advertisement -

Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berkata, banyak universiti swasta terletak jauh dari kawasan bandar menyebabkan pelajar khususnya wanita menghadapi kesulitan untuk mencari tempat tinggal yang selamat dan berdekatan dengan kampus. 

“Lokasi yang jauh daripada bandar terpaksa menyewa di tempat yang agak jauh terutamanya menyulitkan bagi pelajar-pelajar wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.  

Selain itu, beliau turut membangkitkan persoalan mengenai penempatan pelajar di universiti awam.

Menurutnya, terdapat kes di mana pelajar tidak ditempatkan di universiti atau fakulti pilihan mereka walaupun telah membuat permohonan secara dalam talian. 

“Jadi kenapa kata diutamakan universiti-universiti yang menjadi pilihan mereka?” soalnya.

Sementara itu, Zambry berkata, pihaknya mengambil perhatian terhadap isu yang dibangkitkan dan akan meneliti masalah penempatan pelajar untuk diperbaiki dari semasa ke semasa. – HARAKAHDAILY 25/2/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!