Kerajaan kini guna kedudukan untuk cari kekayaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berhasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 yang dijangka berlangsung pada 2027.

- Advertisement -

Sebaliknya negarawan itu hanya berhasrat menjadi penasihat dan memberi pendapat untuk menyelesaikan masalah.

“Saya dah umur 99 tahun saya fikir saya boleh bagi apa pendapat dan kerjasama dalam menyelesaikan masalah.

“Sebenarnya bila saya letak jawatan saya punya harapan ialah kerajaan akan guna saya dengan pengalaman saya dengan pengetahuan saya.

“Tapi saya entah macam mana saya letak jawatan mereka gugurkan semua yang saya lakukan termasuk dasar-dasar yang saya amal untuk pembangunan negara.

“Sebaliknya, mereka tumpu kepada mahu dapat duit, guna kedudukan sebagai Perdana Menteri untuk nak cari kekayaan. Saya tak cari kekayaan, saya mahu berkhidmat untuk negara. 

“Sebab itu bila dituduh kononnya saya curi duit, tengoklah mana duit saya curi,” katanya ketika ditemui dalam program Bicara HD Edisi Khas di Yayasan Al-Bukhari, baru-baru ini.

Menurut Tun M yang juga Penasihat Empat Kerajaan Negeri (SG4), beliau tidak ambil walau satu sen duit kerajaan meskipun pernah ditawarkan sebelum ini.

“Saya tak ambil barang satu sen pun. Kerajaan nak bagi di Putrajaya saya tidak mahu. Saya kata kalau nak bagi saya beli.

“Saya beli tanah saya bayar duit boleh ‘check’ (periksa) tengok saya bukan minta ‘free’ (percuma) tak ambil apapun ‘free’ daripada kerjaan bahkan dalam parti pun kalau pilihan raya saya belanja duit sendiri,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/2/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!