‘Banyak sangat perkara menyulitkan kita untuk bantu rakyat’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, meluahkan rasa kecewa terhadap situasi di Dewan Rakyat.

- Advertisement -

Menurutnya, suasana yang berlaku tidak lagi memberi ruang secukupnya kepada ahli parlimen untuk berbahas mengenai isu rakyat. 

Ujarnya, ahli parlimen kini seolah-olah tidak lagi berperanan sebagai pembuat undang-undang, sebaliknya dikawal ketat seperti pelajar sekolah. 

“Hari ini the law makers are not really the law makers (pembuat undang-undang, bukan lagi pembuat undang-undang) apabila banyak sangat perkara-perkara yang saya agak menyulitkan kita untuk membantu rakyat,” katanya dalam sidang media Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) di lobi Parlimen, hari ini. (Foto atas)

Hamzah berkata, peraturan ketat dalam Parlimen menyebabkan suara pembangkang sukar didengari, terutama dalam membincangkan isu-isu kritikal seperti kos sara hidup dan kenaikan harga barang asas. 

“Bila kita nak bangkit isu ini, Speaker kata eh tak boleh. Sebab ini makan masa. Bila makan masa, kita ini nak bincang kat mana lagi? Hanya dalam Parlimen inilah yang boleh kita bincang,” tegasnya. 

Menurut beliau, masa perbahasan yang diperuntukkan kepada menteri-menteri kerajaan sering digunakan untuk menyampaikan angka-angka tanpa membincangkan realiti sebenar di lapangan. 

“Sepatutnya menteri ekonomi itu sepuluh minit pun cukup, buang masa je. Nak cerita kehebatan angka-angka itu tak payah. Kita nak the realiti yang rakyat bersuara,” ujarnya. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut turut menyatakan bahawa jika Parlimen terus menyekat suara pembangkang, PN akan membawa isu-isu rakyat ke peringkat akar umbi menerusi siri jelajah ke seluruh negara. 

“Kami akan turun ke bawah buat roadshow, tapi kami takkan baring di jalan raya insya-Allah,” katanya berseloroh. – HARAKAHDAILY 20/2/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -