Projek MLFF RM3.46b: Tender terbuka atau tertutup?

Roslan Hashim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menjelaskan status tender sama ada terbuka atau tertutup kepada syarikat yang bakal melaksanakan Projek Sistem Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF).

- Advertisement -

Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) berkata, beliau turut meminta jaminan kerajaan projek MLFF tidak membeban kepada rakyat menerusi pelaksanakan projek MLFF bernilai RM3.46 bilion itu.

“Saya juga tertarik dengan satu laporan dari Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini yang menyatakan bahawa kos yang jika kita bina MLFF ini terlalu tinggi iaitu RM3.46 bilion.

“Saya harap ianya tidak diberi kepada pengguna ditanggung kos ini. Sekiranya MLFF dibuat, adakah kerajaan bercadang melaksanakan tender secara terbuka,” katanya semasa mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Ahmad Maslan bagaimanapun tidak menjawab soalan itu sebalikya beliau berkata pihak ada mekanisma menangani masalah kesesakan.

Sehubungan itu, beliau berkata, syarikat konsesi termasuk Plus Malaysia Berhad (PLUS) membangunkan aplikasi seperti MyPlus-TTA (Travel Time Advisory) selain penggunaan Smart Lane.

Mengenai tender tersebut, beliau menjelaskan Kementerian Kerja Raya (KKR) masih menunggu kata putus Majlis Mesyuarat Jemaah Menteri selain mendapat persetujuan 33 syarikat konsesi lebuh raya. – HARAKAHDAILY 19/2/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!