Apa pelan anak muda miliki rumah mampu milik?

Datuk Rosol Wahid
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berkata, apa rancangan kerajaan bagi memastikan anak muda memiliki rumah pada harga mampu milik.

- Advertisement -

“Ada atau tidak pelan kerajaan bagi memastikan harga rumah tidak melonjak dengan begitu ketara,” soalnya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming dalam jawapannya berkata, berdasarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), harga rumah kini berada dalam keadaan stabil dan tiada lonjakan mendadak serta terdapat peningkatan yang signifikan dalam aktiviti pengurusan hartanah.

“Ini adalah fakta di bawah Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12) kerajaan memastikan 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Disember tahun lepas.

Rosol dalam soalan asalnya meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan langkah Kementerian untuk menangani isu harga rumah yang semakin melonjak dan membebankan bakal pemilik rumah terutama dalam kalangan generasi muda yang baru berkerjaya. – HARAKAHDAILY 19/2/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!