‘Banyak perkara pelabur tidak yakin dengan polisi yang ada’

Dato' Seri Hamzah Zainudin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) menegaskan bahawa Bursa Malaysia atau pasaran modal negara sudah mengalami keadaan stagnan selama beberapa tahun.

- Advertisement -

Menurutnya, ini mungkin disebabkan oleh ketiadaan dasar baharu yang mampu menarik minat pelabur asing untuk melabur dalam pasaran modal negara. 

“Saya mendengar jawapan Yang Amat Berhormat Tambun. Tentang isu yang dibangkitkan oleh Machang saya tak ingin nak bangkit tadi tapi bila Yang Amat Berhormat Tambun mengatakan janganlah adendum ni penyebab orang tidak percaya.

“Banyak perkara yang menyebabkan pelabur-pelabur tidak yakin dengan polisi-polisi yang ada dalam negara kita. Saya bangkitkan satu perkara saya nak supaya Yang Amat Berhormat tahu bahawa Bursa atau kapital market kita ini sudah stagnant selama beberapa tahun.

“Ini mungkin kerana polisi kita tidak ada pembaharuan yang bagi flavour untuk foreign investors melabur dalam capital market kita,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa pelaburan asing langsung (FDI) dalam pasaran modal adalah salah satu elemen penting bagi pertumbuhan ekonomi negara.

Ketua Pembangkang itu membandingkan usaha beberapa negara jiran seperti Indonesia dan Singapura dalam menarik pelabur asing ke pasaran modal mereka.

“Kalau nakkan supaya investors luar datang untuk melabur dalam kapital market, kerana kapital market ni FDI juga yang merupakan salah satu daripada elemen yang boleh membantu untuk pertumbuhan ekonomi negara kita.

“Saya nak bagi contoh, banyak sebab tadi Yang Amat Berhormat sebut tentang berapa negara, jiran-jiran kita. Indonesia sebagai contoh, dia sudah implement reform untuk menarik minat foreign investors dalam kapital market dia. Terutamanya idea extrading volume mereka increase sebanyak 35 peratus. 

“Singapura, SGX (Singapore Exchange) juga telah introduce Special Purpose Execution Company yang mana ini juga memberikan minat kerana perkara-perkara baru yang menyebabkan pelabur juga datang untuk melabur dalam SGX sehinggakan meningkat sehingga 45 peratus daripada SGX Trading Volume,” jelasnya. 

Hamzah turut menegaskan bahawa tidak perlu menyalahkan isu seperti adendum semata-mata sebagai punca pelabur tidak yakin terhadap negara.

“Bila kita bangkitkan ini, ambil kira tak payahlah sebut Machang, terlampau rendah apa ini Perdana Menteri tak pakai, tak payah cakap perkara-perkara yang begitu. Saya tak mahu bangkitkan. Siapa sebelum ini Machang? Ini yang belakang Yang Berhormat Tambun. Pernah jadi MP juga. Jadi tak payah bangkit perkara ini,” ujarnya.

Menurut beliau, pandangan yang diberikan adalah untuk membantu kerajaan mencari jalan bagi meningkatkan keyakinan pelabur.

Hamzah turut menyelar tindakan kerajaan yang dikatakan membuat keputusan secara flip-flop, seperti dalam isu pengumuman tarif Tenaga Nasional Berhad (TNB), yang akhirnya boleh menjejaskan kepercayaan pelabur.

“Yang saya nak bangkitkan adalah bila kita beri pandangan saya kadang-kadang saya hairan bila kita beri pandangan dikatakan seolah-olah menentang kerajaan. Kita beri pandangan ini adalah kerana kita melihat keyakinan orang luar ini tentang beberapa isu. Maka sebab itu, cari jalan supaya kita dapat memberikan sesuatu yang baik supaya Bursa kita ini dipertingkatkan. 

“Janganlah bila TNB announce kerajaan dah lulus tarif sebagai contoh, tiba-tiba kerajaan kata mana ada. Dah sudah menyebabkan ada flip-flop, menyebabkan pelabur tidak yakin lagi. Yang itu maksud kita. Samalah juga adendum. Orang tanya sampai setahun tak jawab. Menyebabkan orang tak yakin. Ini semua adalah perkara-perkara yang kita bangkitkan supaya kerajaan ambil ini sebagai satu iktibar,” katanya.

Hamzah turut menyeru kerajaan untuk duduk berbincang dengan pihak pembangkang bagi mencari penyelesaian terbaik demi memastikan ekonomi negara berada pada landasan yang lebih kukuh.

“Pembangkang kita sit down. Tengok apa perkara yang agak-agaknya boleh kita selesaikan bersama? And this is what we are here for, check and balance. Itu yang saya mahukan. Jangan dah cakap benda yang bukan-bukan. Standard Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lebih tinggi daripada compare kepada Machang,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam jawapannya berkata, kerajaan menegaskan bahawa pelaburan dalam negara terus meningkat, dengan jumlah pasaran saham kini mencecah RM2 trilion.

Tambahnya, berhubung isu adendum, beliau menegaskan jawapan hanya boleh diberikan selepas kes mahkamah selesai.

Sebelum itu, beliau menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) minta Perdana Menteri menyatakan apakah punca ramai pelabur asing menjual pegangan saham mereka dalam negara bagi tempoh kebelakangan ini. – HARAKAHDAILY 13/2/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!