BEBERAPA hari lepas Ketua Menteri Melaka melaporkan peruntukan RM2.7 dibelanjakan untuk membantu golongan Tionghua di Melaka.
Setelah teruk dikecam di media sosial, Exco Agama maklumkan pula jumlah yang lebih besar bantuan kepada asnaf Melaka sempena Ramadan.
Tak mahu kalah, Ketua Menteri Melaka umumkan pula belanja yang lebih besar untuk memartabatkan syiar Islam di Melaka.
Maklumlah pertama kali dalam sejarah Kerajaan Negeri Melaka, Ketua Menteri sebagai ketua kerajaan negeri tak berani nak pegang portfolio Agama.
Baru-baru ini Exco Agama bongkarkan pula berita masalah penyelewengan dalam agensi agama Islam Melaka.
Jumlah yang diseleweng lebih besar dari yang dibelanjakan Ketua Menteri untuk martabatkan syiar Islam di Melaka.
Mana yang baik Ketua Menteri umumkan, mana yang buruk Exco umumkan. Ketua Menteri cuci tangan dan jadi hero.
Berita pun masih samar-samar siapa yang terbabit. Kalau dah jumlah ratusan ribu pasti anda ‘jerung besar’ di peringkat tertinggi yang terlibat bukan setakat kakitangan biasa.
Agensi ini sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada yang lain. Adalah mengaibkan nama baik Islam bila sebuah agensi agama Islam yang dipimpin oleh kerajaan negeri terpalit dengan penyelewengan. Memalukan !
Sebagai Pengerusi PAC saya akan memanggil pihak MAIM untuk beri penjelasan. Yang bersalah akan didedahkan dan tidak akan terlepas dari tindakan undang, jerung maupun ikan bilis .
YB DR MOHD YADZIL YAAKUB
Ketua Pembangkang
Dewan Undangan Negeri Melaka
ADUN Bemban – HARAKAHDAILY 12/2/2025
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!