Penjelasan Menteri Anthony Loke ‘jawapan cap ayam’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik, Ir Ts Nurul Islam Mohamed Yusoff menyifatkan penjelasan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung pelantikan tiga syarikat bagi melaksanakan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai ‘jawapan cap ayam’.

- Advertisement -

“Halooo kawan, kau boleh tak baca balik garis panduan yang dikeluarkan oleh MOT (Kementerian Pengangkutan) dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), kan terang-terang tulis ‘Pengalaman Dalam Bidang Berkaitan’.

“Berkaitan ni maksud dia apa? Maksud dia tidak semestinya perniagaan pemeriksaan kenderaan. Boleh jadi kau pernah memiliki pusat servis, pernah memiliki bengkel, pernah memiliki pusat pemeriksaan kenderaan.

“Semuanya lebih berkelayakan dan berpengalaman dari syarikat lapan bulan dan syarikat bidang pembinaan dan IT (teknologi maklumat) yang kau pilih,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, terdapat banyak syarikat yang lebih berkelayakan dan memenuhi garis panduan dalam mengendalikan perkhidmatan tersebut.

“Kan bersepah pemilik perniagaan yang berkaitan dengan automotif macam aku sebut. Syarikat macam Scrut Malaysia, Mytukar, Carsome pun ada buat perkhidmatan ‘inspection’. Tak berkaitan ke tu?

“Sudahlah Tony, benang yang basah jangan ditegakkan, sampai kiamat tak tegak tegak. Kau yang keluar garis panduan, kau juga yang tak ikut garis panduan. Lepas tu kami pulak dituduh nak mempolitikkan. Peninglah,” bidasnya.

Loke dalam kenyataannya hari ini mempersoalkan mengapa tidak ada penelitian dibuat apabila Puspakom ditubuhkan, walaupun tidak mempunyai pengalaman terdahulu dalam pemeriksaan kenderaan.

“Bolehkah anda namakan saya satu syarikat yang mempunyai pengalaman dalam pemeriksaan kenderaan? Tidak ada kerana ia adalah monopoli,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/2/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!