KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terus komited dalam menyemarakkan kesedaran berinfak melalui zakat dan wakaf dengan menyalurkan sumbangan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Dalam kunjungan hormat ke Pejabat MAIK di Lundang, pihak UMK menyerahkan replika cek bernilai RM95,000 untuk Dana Wakaf Pendidikan MAIK-UMK.
Selain itu, UMK turut menyerahkan replika cek bagi pembayaran zakat staf UMK tahun 2024 berjumlah RM818,105.48.
Penyerahan cek dilakukan oleh Pemangku Naib Canselor UMK, Prof Ts Dr Arham Abdullah kepada Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dato’ Mohd Anis Hussein.
Dana Wakaf Pendidikan MAIK-UMK merupakan projek wakaf tunai yang memberi manfaat kepada penuntut UMK, khususnya dalam aspek pembangunan pendidikan.
Dalam pertemuan itu juga kedua-dua pihak membincangkan kaedah terbaik bagi membantu penuntut UMK yang kurang berkemampuan melalui manfaat zakat dan wakaf.
Pihak UMK merakamkan penghargaan kepada semua pembayar zakat dan pewakaf MAIK yang telah menyumbang, sekali gus membantu mereka yang memerlukan.
“Ganjaran pahala yang berpanjangan menanti para pewakaf dan pembayar zakat MAIK selagi mana ilmu yang diperoleh dimanfaatkan oleh penghuni dunia ciptaan Allah SWT ini,” Dr Arham. – HARAKAHDAILY 11/2/2025
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!